Wednesday, July 15, 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PUSAT AKSES
SMK AMPANG PECAH, JALAN HAMZAH,
44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN (TEL: 03-60644109).

_______________________________________


MOTO KAMI
PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN ICT PENERAJU KECEMERLANGAN KAMI

PENGENALAN
Pusat Akses SMK Ampang Pecah mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan menerima sejumlah 10 unit komputer dan sebuah laser printer. Pusat Akses mula beroperasi dan boleh digunakan oleh para pelajar dan guru. Pusat Akses ini merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning). Pembelajaran di Pusat Akses membolehkan murid mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Pusat Akses merupakan satu alternatif lain selain dari Makmal Komputer yang sedia ada sebagai tempat pembelajaran bagi membolehkan murid mencapai dan meningkatkan kemahiran pembelajaran mereka. Di samping itu juga, pelajar boleh menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ke arah meningkatkan kemahiran mereka untuk mencari maklumat yang berguna untuk pembelajaran mereka. Komputer ini dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet menggunakan pelayan daripada Makmal Komputer sekolah.
VISI PUSAT AKSES SEKOLAH
MENAMBAH KECEMERLANGAN ILMU DAN AKHLAK PELAJAR MENERUSI PUSAT AKSES

MISI PUSAT AKSES SEKOLAH
MELAKSANAKAN PENGURUSAN PUSAT AKSES YANG BERKESAN DAN TERANCANG DEMI MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG

MATLAMAT PUSAT AKSES SEKOLAH
  1. MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH.
  2. MENGURANGKAN NISBAH KOMPUTER DENGAN PELAJAR.
  3. MENINGKATKAN CAPAIAN MASA PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH PELAJAR.

OBJEKTIF PUSAT AKSES SEKOLAH

  1. Meningkatkan kemahiran PELAJAR dalam mencapai maklumat
  2. Membolehkan PELAJAR melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT PELAJAR untuk pembelajaran

PIAGAM PELANGGAN PUSAT AKSES SEKOLAH

  1. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berwawasan dalam meningkatkan penguasaan teknologi maklumat.
  2. Memastikan pengguna/pelajar mematuhi peraturan dan jadual penggunaan Pusat Akses, khusus catatan buku log pengguna, kebersihan, kekemasan dan keselamatan Pusat Akses Sekolah sepanjang masa dengan tegas.
  3. Membolehkan warga sekolah khasnya pelajar mendapatkan maklumat melalui penggunaan teknologi maklumat sepanjang waktu persekolahan.
  4. Membolehkan pengguna/pelajar membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan pembelajaran terancang.
    Membolehkan pengguna/pelajar mencari dan memilih
    sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
  5. Membantu pihak sekolah menguruskan perkhidmatan cemerlang Pusat Akses Sekolah.
  6. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan mesra berdasarkan jadual penggunaan dan peraturan Pusat Akses pada kadar segera.

PERATURAN PUSAT AKSES SEKOLAH (SEBELUM)

  1. Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari sebelum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
  2. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
  3. Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru penyelaras Pusat Akses Sekolah.
  4. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.

PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)

  1. Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komputer adalah seperti yang ditetapkan oleh guru bertugas.
  2. Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.
  3. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka penutup komputer.
  4. Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.
  5. Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.
  6. Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.
  7. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.

PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)

  1. Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
  2. Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
  3. Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.

SUMBER BAHAN P&P YANG BOLEH DI DAPATI DI PUSAT AKSES
Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google,Yahoo, Altavista, dan sebagainya. Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.


CARTA ORGANISASI PUSAT AKSES SEKOLAH



PENASIHAT
PN. HAJAH HAMIDAH BINTI SAMAN

PENYELARAS ICT
PN. SAEMAH BINTI MAT SAHIR


JURU TEKNIK KOMPUTER
EN. SAIFUL AKMAL BIN ABU BAKAR


PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
EN. MAT RAHIM BIN YOM
SETIAUSAHA PUSAT AKSES
PUAN SHAMSIDA BINTI MOHD NOR


PENOLONG SETIAUSAHA
PUAN NORHASNIDA BINTI HAMID
PENGAWAS (PUSAT AKSES)
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH



Salah satu sudut di dalam Pusat Akses SMK Ampang Pecah
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PUSAT AKSES
1- Pencarian maklumat sempena bulan kemerdekaan
2- Kajian Tindakan Panitia Bahasa Inggeris
3- Photo Contest (anjuran UNESCO OF ASIA PACIFIC REGION)
4- Online Quiz Permata Pintar (Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia)
5- Photo Contest (Living With Nature -anjuran Sony Digital)
6- Kursus ICT (My-LMS)
7- Movie Maker Course
8- The Easy Way To Develop A Blog
9- Learn Grammar! (Letz Hop)
10- Kursus Fotografi Kamera Digital
11- Kursus Fotografi (HandyCam)
12- School Activities Video Show
13- Kursus Membina Blog
14- Aktiviti Kelab Fotografi Sekolah pada setiap Hari Rabu (Slot Kelab)

Terima kasih kepada para pengunjung blog kerana sudi singgah buat sementara waktu ke dalam Pusat Akses SMK Ampang Pecah ini. Blog ini diwujudkan bertujuan memperkenalkan pusat ini kepada warga sekolah khususnya dan para pengunjung blog seluruh alam amnya.

video